Pada 13hb Januari 2024, bertempat di Gereja St.Anthony Tenom, tiga orang FSIC sisters iaitu Sr.Liza Pileh dari Paroki Tenom, Sr.Caroline Pius dari Tambunan, dan Sr. Beverly Collins dari Paroki Kiulu, mereka telah melapazkan Kaul Kekal untuk komitmen seumur hidup sebagai religius Sister melalui Kongregasi Franciscan Sisters Of the Immaculate Conception (FSIC). Perayaan ini dihadiri ramai umat dan juga beberapa Kongregasi religius Brother dan Sister dan juga beberapa paderi religious dan diocesan, dimana Misa Kudus dipimpin oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, Uskup Diosis Keningau. Dalam ucapannya, Pengerusi Penganjur Saudara Tony Wong, mengatakan bahwa ini merupakan suatu sejarah bagi Gereja St.Anthony Tenom kerana tidak pernah diadakan perayaan sedemikian di gereja tersebut. Beliau berharap perayaan tersebut menjadi inspirasi kepada semua untuk terus melayani seterusnya menggalakkan para belia untuk menyahut panggilan Tuhan sebagai Paderi dan Religius. Mother General, Sr.Francisca Wong, dalam ucapannya mengungkapkan rasa syukur kepada Tuhan atas kasihNya yang berlimpah serta berterima kepada Paderi Paroki Fr.Bonaventure Unting dan Majlis Pastoral Paroki kerna sudi menerima perayaan Kaul Kekal di adakan di paroki tersebut.